RETAIL BANKING
>>
 
WESTERN UNION MONEY TRANSFER
 
Nama Yang Diyakini, Rakan Perkongsian Yang Dipercayai.
Bank Baiduri, satu nama yang paling diyakini d Negara Brunei Darussalam, kini menawarkan perkhidmatan yang lebih istimewa menerusi rakan kongsi baru bersama Western Union®, iaitu satu rangkaian pengiriman wang yang paling diyakini di seluruh dunia.
 
Cepat
Bersama dengan Western Union®, kini pengiriman wang ke seluruh dunia menjadi lebih cepat hanya dalam beberapa minit* sahaja.

Mudah
Melalui 225,000** rangkaian agen di 200** buah negara dan wilayah di seluruh dunia, menjadikan penghantaran wang lebih mudah melalui kebanyakan bank-bank, pejabat pos, stesen keretapi dan lapangan terbang.

Cekap
Pengalaman 150 tahun Western Union® menawarkan perkhidmatan pengiriman wang kepada pelanggan, yang disokong dengan penggunaan teknologi terkini dan unik di 200** buah negara dan wilayah d seluruh dunia, membolehkan semua urusan penghantaran dan pembayaran diuruskan dengan segera.

Selamat
Setiap pengiriman wang melalui Western Union® menggunakan sistem yang selamat dan diiktiraf di seluruh dunia. Sistem yang menggunakan nombor kawalan (tidak semestinya) bagi memastikan wang yang dikirim lebih pantas dan hanya dibayar kepada penerima yang ditentukan oleh pengirim sahaja.

Tiada Yuran Pada Penerima
Penerima akan menerima jumlah wang penuh kerana hanya pengirim sahaja perlu membayar yuranˆ transaksi.

Senang
Pengirim dan penerima tidak perlu mempunyai akaun bank untuk menghantar wang menerusi Western Union®. Untuk mengirim dan menerima, ikuti langkah-langkah mudah seperti berikut:
 
Cara Menghantar Wang
Kunjungi Baiduri Bank yang mempamerkan lambang Western Union®.
     

Tolong tunjukkan kad pengenalan Western Union Gold Cardsm anda kepada ejen Western Union®.

Tolong beritahu ejen Western Union® nama penerima dan jumlah yang hendak anda kirim.

     
Berikan jumlah wang kiriman bersama dengan yuran kiriman kepada ejen Western Union®.
     
Hubungi penerima untuk pergi mendapatkan kiriman wang anda dari mana-mana lokasi ejen Western Union® berhampiran.
 
Cara Menerima Wang
Lengkapkan borang "To Receive Money" termasuk nama pengirim, dari negara mana dan jumlah yang dihantar.
     
Kembalikan borang kepada kerani kaunter dan serahkan dokumen pengenalan sah untuk mengesahkan transaksi.
 
*
Bayaran dalam beberapa minit sahaja tertakluk pada lokasi ejen, waktu operasi dan perbezaan dalam zon waktu.
**
Di beberapa buah negara, tidak terdapat perkhidmatan pengiriman wang, pelanggan hanya boleh menerima wang sahaja.
ˆ
Dengan tambahan pada yuran penghantaran, Western Union® juga mendapat keuntungan dari pertukaran matawang sebagai tambahan pada yuran kiriman.
 

Western Union Hotline

  • Call 1 900 22 66
Baiduri Bank 2017 All rights reserved.